Saya nak buku percuma!!!!!!!!!!

Saya nak buku percuma!!!! Anda juga boleh.... dan anak-anak anda, serta anak-anak murid di sekolah anda lagilah boleh!!!!!!!....... sila klik banner di sidebar atau di bawah

Kalaulah dapat perpustakaan mini di rumah....

Jomlah sertai pertandingan ni sama-sama...

Teringin nak menang videocam dan camera compact tu....... :D

Jom-jom... ni baru berbaloi-baloi, buku dapat, ilmu dapat, boleh claim untuk buku bila isi borang cukai lagi...






Adat orang bertemu......

Assalamualaikum....

Hai.

Hari ni hari pertama aku jaga SPM. Semoga semuanya bagus-bagus ajalah. Didoakan anak-anak murid semua pun sama bagus-bagus dan dapat menjawab dengan tenang. Minggu terakhir ni kalut macam-macam nak siapkan kerja yang belum siap... fail tulah fail nilah, laporan tu lah laporan ni lah......

Dalam minggu ni juga aku akan berpisah dengan seorang sahabat. Aku panggil dia Kak Su. Kak Su ni dok selang satu kerusi je dengan aku di bilik guru. Kalau sembang-sembang, memang Kak Su ada sama. Kak Su cikgu KH.

Kak Su ni ibu anak dua. Pada aku, dia cekal. Manusia yang tabah. Banyak yang aku belajar dengan dia, pengalaman dia, nasihat dia, sekurang-kurangnya aku belajar jadi kawan yang baik :). Aku rapat dengan Kak Su bila dalam tahun-tahun akhir pengajian dia, aku diminta bantu dalam assignment-assignment yang melibatkan kerja-kerja komputer. Pertolongan kecil yang dibayar upah pula tu :) Tidaklah aku harapkan sangat upah tu, menyedari dalam keadaan dia ketika itu bersama anak-anaknya tapi masih berupaya menyambung pelajaran... padaku dia hebat!

Sebenarnya tahun ni Kak Su mohon dua kali pertukaran. Satu balik ke Kelantan, satu pindah ke luar daerah. Masa mula tahu tu aku dah sedih... Biasalah aku memang sensitif, bukan kuat sangat menghadapi perpisahan. Tambah lagi dengan orang yang baik dan rapat. Katanya Kak Su dapat pindah ke luar daerah, banyak pula aku pesan nanti nak pi melawat, senang nak shopping boleh tumpang tidur. Haha.... ntah apa-apa. Tadi masa kat sekolah Kak Su bagitau dia dapat balik Kelantan... Tergamam sekejap aku. Tapi aku redha. Beruntung Kak Su, senarai menunggu nak balik ke Kelantan tu panjang berjela.... Kak Su antara orang yang terpilih. Kak Su bertuah. Di dalam hati, aku tahu Kak Su pulang ke tempat yang paling baik, ke pangkuan keluarga. Sekurang-kurang susah senang Kak Su, keluarga ada bersama.

Banyak sebenarnya cerita Kak Su. Cukuplah aku simpan di dalam hati bersama kawan-kawan yang mengetahui.

Kak Su, sampai jumpa lagi.. Semoga Kak Su temu ketenangan di kampung halaman nanti. Panjang umur kita jumpa lagi, insyaAllah. Lawak aku dengan Kak Su. "Alah... Kelantan dengan Taiping tu dekat je, boleh pergi anytime..." :D

Kak, saya sayang kak. Jaga diri baik-baik.

Ya Allah, lindungilah dia bersama anak-anaknya.





Jumaat tadi, kami sama-sama buat gotong-royong masak-masak. Jamuan tu jadi jamuan terakhir kami bersama Kak Su (untuk tahun ni). InsyaALlah, ke depan boleh makan sama-sama lagi.





____________________

Kak Bi nanti kita pi melawat Kak Su boleh???

Semalam, bilik bertukar jadi studio .........

          Debar Hisham dan Hamizatul tidaklah aku tahu bagaimana. Yang pastinya aku juga merasakan debar yang sama. Semuanya kira-kira lagi seminggu sahaja lagi sebelum majlis mereka akan berlangsung. Sepanjang tempoh itu memang aku membuat sedikit kajian supaya tugas yang akan aku laksanakan tidak akan mengecewakan mereka. Ahad tadi sepatutnya menjadi hari kedua aku scouting ke Taman Tasik untuk meninjau lokasi yang sesuai bagi gambar outdoor. Malangnya hujan di Bandar Taiping jarang pula memungkiri janji. Disebabkan hal yang sama tidaklah dapat Yasmin beriadah sama.

          Aktiviti petang kami bertukar menjadi sesi melipat kain, bersembang-sembang dan mengemas bilik sehinggalah satu saat bila cahaya matahari selepas hujan menyimbah ke muka Yasmin. "Ah..... cantiknya....." jeritku di dalam hati. Terpacul idea baik..... "Kakak, kita ambil gambar di dalam bilik nak tak?" tanya aku kepada Yasmin. "Nanti kakak boleh pakai lipstick," umpan aku kepadanya. "Nak ... nak..." jawab Yasmin yang termakan umpan.

          Yasmin bersiap bagai. Yasmin yang liat mandi aku paksa mandi sebab kataku make-up tak lekat jika tak mandi. Aku menyediakan baju gaun untuk Yasmin. Usai Yasmin mandi, diaku solek ala-kadar. Lipstick yang satu itu bertukar menjadi eyeshadow, blusher dan sudah semesti oles bibirnya. :D

          Proses penggambaran kali ini mengambil masa yang agak lama. Kali ini, Yasmin gagah meladeni kehendakku. Dua kali kami berehat untuk makan. Terpaksalah aku makan biskut Oreo bersamanya di dalam bilik. Untuk penggambaran tu sebanyak 171 shot telah diambil. Tidaklah semua shot yang cantik. Ini antara yang terbaik....Ok, nikmati hasil kerja aku kali ini yang temanya  Princess........... :)



























Sampai jumpa lagi..... Bye.

Duhai sahabat.......

Assalamualaikum semua...

Lama ruangan di CSK ni terbiar tiada terisi sampaikan ada yang rindu-rindu (Kan alehkan??? :D)

         Alhamdulillah, hari-hari yang dilalui seperti biasa malah aku rasakan sangat bermakna. Macam-macam sebenarnya yang berlaku, ada yang mengundang air mata, ada yang mengundang ceria.... Oh oh semuanya bukan perihal kehidupan peribadiku, tetapi ia berkenaan hubungan antara sahabat. Cuma di kala ini terasa pentingnya menjaga lidah, agar apa yang dituturkan adalah perkara yang baik-baik dan tidak menyakiti mahupun mencela yang lain. Sesungguhnya Tajam Lidah Manusia Melebihi Tuntung Keris. Sungguhpun yang berlaku tiadalah terkait denganku, namun cubit peha kanan peha kiri terasa. Terasa hampa apabila hubungan yang dahulu bagai adik beradik kini terlerai. Namun doaku pohon agar yang keruh akan kembali jernih, yang putuskan terkait kembali. Buat abang-abang dan kakak di school yang sedang 'gadoh-gadoh' itu... dengarkan...

Sayang pindah naik rakit,
          Rakit berikat tali bemban;
           Sedangkan lidah lagikan tergigit,
                 Inikan pula sahabat sekawan.
            Sambung cerita lain......Pagi tadi berlangsungnya Majlis Graduasi Yasmin di Dewan MPT. Lengkaplah sudah sesi pembelajaran Yasmin di peringkat prasekolah dan insyaAllah tahun depan Yasmin akan secara rasmi memakai baju kurung putih dengan berkain biru gelap. Tahun ni Yasmin dapat tempat ke-3 sahaja, walaupun di Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu dia mendapat tempat pertama... Tidak mengapalah dia masih kanak-kanak, apalah sangat dengan nombor-nombor itu selain dari menikmati zaman kanak-kanaknya bersama kawan-kawan. Kita enjoy!!!

            Majlis ini sangat istimewa kerana menemukan kembali Yasmin dengan rakan-rakannya semasa dia di Taski ABIM Taman Marisa dahulu (Ketika ini Taski ABIM Taman Marisa tidak lagi wujud). Farah antara kawan yang rapat dengan Yasmin semasa di Taman Marisa dahulu. Siapa sangka jodoh Yasmin panjang, selain Farah, majlis ini juga menemukan kembali Yasmin dengan Cikgu Afikah yang sebelum ini berhijrah ke Alor Setar mencari pekerjaan baru dan sudah tentulah juga Fahmi, anak lelaki yang ligat dan nakal yang sama persekolahannya bersama Yasmin di Taman Marisa, juga di Assam Kumbang. Hubungan yang terjalin di Taman Marisa sangat kuat membekas di hati aku sendiri kerana aku berasa sangat dekat dengan mereka. Sementelah jumlah mereka di Taman Marisa kecil sahaja. Klik sini untuk cerita yang aku rakam tentang Fahmi.


Semasa Konvokesyen 2008. Masa ni Yasmin dapat no. 2. Farah no. 1.
Di dalam gambar, Yasmin, Hathirah, Haina dan Farah. Haina dan Hathirah di Tahun 1 sekarang ni.


Gambar semua pelajar di Taman Marisa. Hanya Hasif tiada sebab dia bersedia untuk bacaan ikrar.
Di dalam gambar: Yasmin, Haina, Cikgu Afikah, Hathirah, Farah, Fahmi, Nabil dan Asyraf

Hari selepas Konvokesyen 2008. Tarikh 31.10.2008
Aku datang nak ambil gambar semua mereka dalam pakaian konvo. Kebetulan masa yang sama, ayah Haina belanja makan McD.






        

  Memandang Cikgu Afikah, terasa betapa hebatnya kuasa seorang guru.... Betapa dialah insan pertama secara rasmi yang mengenalkan Yasmin ABC, 1,2 dan 3 mahupun mengajarkan Yasmin solat dan qiraati. Semoga Allah swt sahajalah yang membayar imbalan kepadanya. Tidak lupa juga kepada guru-guru di Taski ABIM Assam Kumbang, jerit pekik, marah, leteran dan nasihat mereka kerana sayang. Terima kasih Cikgu As, Teacher Aina, Cikgu Nora, Cikgu Zura, Cikgu Azuwa dan lain-lain lagi.... Pada majlis tadi sehinggalah selesai majlis berlangsung tiadalah langsung kelihatan mereka berehat. Hanya kepada Yang Maha Kuasalah dipohon agar membalas segala jerih perih mereka.


Dalam gambar Syasya dan Fahmi. Beratur untuk naik ke pentas mengambil hadiah.


Masa ni baru Yasmin perasan ada Cikgu Afikah. Aku dah jumpa Cikgu Afikah sebelum tu lagi selepas hantar Yasmin kepada Cikgu As.


Yasmin ambil hadiah ke-3 dalam peperiksaan.


Yasmin dengan Fatini Arisya di pintu belakang, bersiap untuk persembahan.


Yasmin jadi bunga.......


Persembahan ke-2. Yasmin jadi kereta BMW. Cerita masa kejadian.....Masa semua orang dah bangun keluar pentas, Yasmin duduk juga di situ, sampailah semua kawan-kawan dia keluar baru dia terpinga-pinga dan keluar. Bila tanya, "kenapa kakak tak keluar bila dah habis persembahan tadi?". dia jawab, "kereta kak tak sampai lagi..." hehehehe....... Persembahan ni dapat no. 1. Tajuk : Jangan Merokok. Memang persembahan yang menarik...


Persembahan Farah dari Taski ABIM Taman Kaya, nasyid. Farah jadi ketua.....


Masa ambil gambar Farah ni, dua tiga keping juga aku snap gambar budak lelaki yang tengah tu.... Tak tahu.. tapi aksi dia mencuri perhatian... Bila balik, Yasmin tanya.. "Banyaknya Acik ambil gambar Zaim," Ya Allah... rupanya dia Zaim. Zaim ni sempat belajar dengan Yasmin di Taman Marisa sekejap, sebelum pindah ke Tadika Hua Lian khabarnya, tak sangka kemudian kembali ke Taski ABIM juga.....


Yasmin dan Farah. Semua gambar kakak di belakangnya ada tulis nama kawan-kawan dia. Di rumah pun, kalau dia dapat marker pen dan kertas memang dia tulis nama kawan-kawan dia. Aku pesan, "Nanti dah tua, kakak ingat lagi nama kawan-kawan kak..." Satu hari nanti bila Yasmin dan Farah dah dewasa, aku harap gambar ni akan mengingatkan mereka bahawa mereka pernah bersahabat.......


Fatini, Hani Hanan dan Yasmin. Kawan-kawan di Taski ABIM Assam Kumbang.


bersama Cikgu Afikah.... Teringat masa di Taman Marisa, betapa rajinnya Cikgu Afikah menyikat dan membuat tocang rambut Yasmin... Sentuhan Cikgu Afikah masih ada sengatnya sampai sekarang.....


Yasmin dan Cikgu As.





           Penggal persekolahn pun sudah makin ke hujungnya. Sedar tak sedar tinggal lagi seminggu sahaja lagi sebelum sekolahkan mula bercuti. Hakikatnya, tidaklah ku rasakan sangat kerana aku bertugas menjaga SPM. Tiba-tiba hati terasa sayu.... mengenangkan bahawa tahun inilah batch pertama yang kudidik akan berhadapan dengan peperiksaan yang selalunya menjadi kayu ukur seseorang itu, berjaya atau gagalnya dia... Aku mendoakan mereka berjaya menempuh peperiksaan ini dengan tenang, mudah dan berjaya. Namun jauh dari dalam, aku mendoakan agar mereka sebenarnya lebih berjaya sebagai manusia berbanding dengan ukuran sijil semata-mata (kerana aku sedar dan terima batasan mereka dalam akademik). Kepada semua pelajar Sri Kota, selamat berjaya cikgu ucapkan.......
  

Mencari cahaya

Siang tadi lepas aerobik, aku, mak dengan Yasmin jalan-jalan sekitar Taman Tasik. Aku bawa kamera sebab nak scouting tempat untuk ambil gambar. Yasmin jadi model tak berbayar. Sekejap je kami pusing-pusing, sebab matahari dah naik tinggi. Cabaran betul untuk bagi Yasmin diam (supaya gambar tak blur) dan nak dapatkan exposure yang betul... Aku cuba aplikasikan tiga perkara yang belajar dulu. Frontal lighting, side lighting dan backlighting....

Semua gambar-gambar ni dah kena edit. Minor editting.


Ni edit terlebih sikit. Atas permintaan Yasmin... :D



Side lighting



backlighting



Ni cahaya dari atas.

Meh layan gambar-gambar yang lain.....















Bukan senang nak ambil gambar Yasmin ni. Dia mana tau duduk diam, kalau lambat sikit tekat punat tu, kepala dia dah berkalih, badan dia dah berpusing.... kalau nak suruh dia pose, bukannya dia nak ikut cakap... Penat-penat.... Dengan exposure yang tak berapa betul dan cara compose yang masih tercari-cari arah... semua ni memang cabaran....

Layanlah gambar candid ni.....







Gambar last, dah bosan tahap dewa... :D



Nak ambil gambar Yasmin, dalam tempoh sejam ke sejam setengah je, dia ok .... selebihnya dia buat hal sendiri... :D

Aku juga sempat cuba teknik Sunny 16. shutter 200, aperture 22.






  Lepas ambil gambar ni aku sedar, aku kena pertimbangkan cuci lens dan sensorr.....

Oklah takat ni dulu..... jumpa lagi......





Luas sangat


Aku rasa tak sesuailah hos berita tv1 ni punya baju. Luas sangat baju dia, nampak tube dia ja yang lebih..

Bola ..


Ada bihun sup, roti sandwich, kuih siput dan teh o... Aku sokong Klate! 2-1

Rehat jap.


Solat asar. Tadi dengar kak Ani cerita fasal cuci darah. Kak Ani sakit buah pinggang. Takut dengar kak Ani cerita. Aku insaf. Sekarang ni 3 kali seminggu, pergi exercise, makan pun sekarang dah catu sikit. Dah kurang makan nasi. Malam pun dah jarang makan lewat. Nak hidup lama dan sihat, kena berubah. Sejak pergi bersenam, ringan sikit badan. Kalau boleh naklah berat yang ideal. Insyaallah, demi kesihatan... Doakan aku istiqamah dan sihat selalu.

Percutian di kota.....

Hari sabtu dan ahad pergi jalan-jalan ke Kota Lumpur walaupun keadaan ekonomi diri sendiri agak goyah. Bertemu abang, kakak, adik, anak-anak di kota. Namun syukur dalam keadaan itu, Yang Maha Kuasa mudahkan perjalanan. Rezeki Tuhan beri di mana-mana. Soal makan usah dikata, murah rezeki aku dan Yasmin yang ikut sama..... Tengahari sabtu dijamu di majlis akhir tahun rakan persekolahan Kak Bi, malamnya di rumah Yan di Pandan Indah. Pagi esoknya bersarapan pagi nasi goreng di rumah tinggi Aleh, tengaharinya rezeki lagi... menjamu selera di rumah Pak Harun yang baru dikenali tapi cukup membesarkan tetamu, Allahuakbar.. dan sebelum berangkat pulang sekali lagi di Pandan Indah menjamu bihun sup.

Tiadalah dapat dikata melainkan ucapan syukur, tambah-tambah matlamat ke sana tercapai. Nah, di sini aku tampilkan wajah ceria anak-anak di kota. (pastinya gambar anak-anak buahku... :) )


Yana kena serkup dengan Kak Aishah :)




Ini Alin. Aksi terkejut. Mak cik ni pandai bergaya depan kamera. Tak susah suruh, dia pandai buat aksi sendiri.

Kalau dah nama budak, teddy bear mesti ada kan... :)



Yasmin dengan Aishah. Pada aku Aishah memang fotogenik. Walau biasa-biasa je, tapi gambar Aishah mesti nampak real, mungkin sebab mata kot. Ni aksi kanak-kanak-kanak yang aku paksa jadi pengantin.. Habis kain selendang mama dia.. hehe



Dah besarkan budak-budak ni.....? :)



Setakat ni, Aminlah seorang yang hero. Tapi nak ambil gambar dia bukan main payah lagi.... Kalau yang planned, memang tak jadi, candid bolehlah... gambar ni terpaksa tukar ke black and white sebab kalau color tak berapa cantik.....

_________
Tidaklah semua peristiwa mudah yang dilalui sepanjang percutianku ini.. Namun ku panjatkan doa,agar yang kusut akan terlerai. Amin.

, aku

Saya suka..


Farah Deeba

Pagi di Kota


Tengok Nasi Lemak Kopi O. Aku suka Dr. Fadhilah Kamsah dan ...

Double Y


Yana dan Yasmin