Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Web Catatan Sikenit






Free shoutbox @ ShoutMix







Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]

website statistics

AddThis Feed Button

 

Subscribe to Catatan Sikenit

FinalSense


Thursday, August 07, 2008
Iwan
Streamyx masih bongok.

Aku nak juga tengok cerita One Litre of Tears tu walaupun sekat-sekat. Aku tarik anak panah tu, dapat tengok sikit-sikit, gila sungguh, lama...... semuanya sebab Streamyx bongok!!!!

Sebenarnya aku teringatkan arwah sahabat aku masa di Teknik dulu. Al-Fatihah, semoga Allahyarham sahabatku Irwan b. Kusin di tempatkan di kalangan orang beriman.

Aku masih ingat ayat terakhir pada kad raya yang aku tuliskan padanya bila aku, Herda dan Mus tak dapat berjumpa dengan dia. "Iwan, don't worry nanti kami pi rumah hang raya ni ok," sedangkan ketika itu, Allahyarham sudah pun pergi meninggalkan kami semua.

Sepatutnya sebelum puasa, aku, Herda dan Mus akan berjumpa Iwan di Penang. Herda ada telefon Iwan, tetapi Iwan tak jawab, emak Iwan yang jawab. Mak Iwan bagitau keadaan Iwan agak lemah, dan Iwan akan mendapatkan rawatan di Shah Alam. Bukan jodoh kami untuk bertemu Iwan sebelum dia pergi......

Semasa perjumpaan terakhir kami di Penang, Iwan bagitau aku, Herda dan Mus, "kalau tak ada kawan-kawan, aku mungkin tak dapat bertahan," :( Masa tu Iwan bagitau kanser dia dah merebak ke merata tempat. Apalah yang aku daya, kecuali menangis aje masa tu....

Masa nak ke shopping complex Bukit Jambul tu, kena lompat longkang. Aku pelik apasal Iwan lambat sangat..... rupanya Iwan tak dapat angkat kaki palsu dia... :(

Iwan, aku akan ingat dia sebagai Ikan Kaloi yang paling baik. Semoga kau berbahagia di sana sahabat. Al-Fatihah.


_______
Allahyarham Iwan sakit kanser tulang. Semuanya berlaku selepas dia jatuh dari basikal dan bengkak di kakinya tidak baik-baik.

Masa sekolah dulu, Iwan duduk di hadapan Herda, tapi masa periksa dia suka duduk belakang aku. Aku supplier dia untuk jawapan peperiksaan masa tu.

Labels: , ,

1 Comments:

Al-fatihah..

4:42 PM  

Post a Comment

<< Home