Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Web Catatan Sikenit






Free shoutbox @ ShoutMix







Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]

website statistics

AddThis Feed Button

 

Subscribe to Catatan Sikenit

FinalSense


Sunday, July 27, 2008
Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Negeri Perak
Mula-mula.....

YEA!!!!!!!! Kitorang menang.

win
Originally uploaded by aminbakish
menang!!
Kitorang Johan Negeri...
Wah!!! Syiok, bangga-bangga-bangga. :D
Alhamdulillah.

Syukur. Doaku termakbul juga.

Pasukan tarian ni bukanlah di bawah latihan aku. Jurulatihnya Cikgu Chee Min Sin. Tapi kalau dalam Kelab Tarian, aku dengan Cikgu Chee lah guru penasihatnya. Dialah yang melatih pasukan ini dari awal. Sejak aku mengambil alih pasukan ini sejak ketiadaan Ina, aku dah maklumkan pada Chee bahawa aku sememangnya tak pandai menari, tapi kalau nak suruh bawa bertanding ke sana sini, aku tak ada masalah menemankan mereka. Haha itulah kerja aku sebenarnya tukang bawa dan teman budak-budak :D

Kali pertama aku temankan diorang bertanding 3 tahun lepas, semasa diorang bertanding satu pertandingan tarian anjuran HSBC dan suratkhabar Cina. Ermmm... aku tak ingat nama suratkhabarnya, dalam pertandingan tu budak-budak kami saja yang mempersembahkan tarian tradisional melayu. Masa itu, debaran itu (tak termasuk berdebar sebab dikelilingi oleh masyarakat Cina, sebab aku ngan Ina je Melayu)sama macam debar hari ini. Dalam pertandingan yang hebat dan kostum yang hebat belaka dari peserta lain, dalam hati aku menyakini kami ada peluang, dan tanpa disangka pasukan tarian sekolah yang juga dikenali sebagai Pasukan Layar Emas ketika itu terpilih sebagai dua pasukan yang akan bertanding ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, aku tak dapat ikut serta, hanya Ina yang pergi. Di sana menurut Chee, pasukan yang bertanding hebat-hebat, dan mereka kena bersaing dengan pasukan yang mempersembahkan tarian pelbagai seperti hip hop, teater, dan sebagainya. Pasukan kami tidak mencapai kemenangan tapi aku percaya banyak ilmu yang mereka pelajari.

Tahun 2006, pasukan ini bertanding di Kerian untuk Pertandingan Tarian Peringkat sekolah-sekolah Menengah. Kami merupakan kumpulan akhir peserta yang akan mempersembahkan tarian. Perasminya Pn. Hjh Noripah bt. Md Shah yang pada masa itu Pegawai PPD Kerian, ketika ini beliau ialah Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Perak. Pn. Noripah juga mantan Pengetua sekolah kami. Teringat lagi, sampai-sampainya beliau di dewan tersebut, kami yang berada di kerusi belakang disapanya mesra. Ketika acara belum bermula, dia berpatah balik dan berbual mesra lagi dengan kami semua. Malah, semasa kumpulan penari kami mengambil hadiah di pentas, (kami mendapat tempat ke-2) dia sendiri berkata, "persembahan hebat dah, kalau saya diberi jadi hakim, saya akan beri kemenangan kepada pasukan ini,". Kata-kata tersebut sudah tentu menjadi pembakar semangat kepada pasukan tarian kami khususnya kepada Cikgu Chee.

Tahun 2007 pasukan tarian kami bertanding di peringkat daerah dan hanya berjaya mendapat tempat kedua. Ketika ditanya apa kelemahan pasukan kami, antara yang di'highlight'kan ketika itu ialah tentang pakaian. Nada suara Chee ketika memberitahu itu, jelas kecewa. Pada aku sendiri, nama pun pertandingan tarian, aspek tarianlah yang patut diberi markah lebih berbanding pakaian. Oh, maaf aku berkata begini kerana pasukan yang johan ada membuat kesilapan ketika persembahan dan aku kira ini yang patutnya ditolak markah berbanding soal pakaian :D. Apa-apa pun, tahun lepas telah tertulis bukan rezeki pasukan di bawah bimbingan Chee ini.

Tahun ini, ketika pertandingan di peringkat daerah lagi, aku berdoa (aku doa untuk kemenangan sekolah, tak apakan? walau yang bertanding bukan muslim). Doa aku, janganlah hakim menilai aspek yang lain berlebih-lebihan melainkan aspek tarianlah yang diberi keutamaan dan aku juga berharap mereka tidak membuat kesilapan di pentas. Semasa pertandingan peringkat daerah, kelihatannya hanya dua pasukan yang memberi tentangan hebat dan syukur kerana kemenangan milik kami. Lantaran kemenangan itu, Jumaat (25/7/08) kami ke SMK Gunung Rapat bagi mewakili LMS ke prtandingan peringkat negeri. Semasa sesi raptai malam 25hb tadi, beberapa pasukan menunjukkan persembahan yang menarik. Di hati, tiada apalah yang aku harapkan melainkan doa dan harapan yang sama semasa di peringkat daerah. Yang penting, jangan buat kesilapan di atas pentas ucapku pada diri sendiri dan "Enjoy your performance," pesanku pada mereka.

preparation
Originally uploaded by aminbakish

Semasa persembahan pagi tadi (26hb Julai 2008), Cikgu Ooi yang juga bertindak sebagai guru pengiring selain Cikgu Cheah dan Kak K, sibuk menanda kumpulan-kumpulan yang mungkin berada dalam kelompok Top Three. Ada beberapa kumpulan yang menunjukkan persembahan yang baik seperti dari Manjung, Kinta Utara, Kuala Kangsar dan Hulu Perak. Selain LMS, itulah daerah yang aku kenal pasti mempunyai potensi untuk berada dalam Top Three. Walaubagaimana pun, kumpulan tarian LMS (sekarang pasukan kami mewakili daerah) ada kelebihannya. Pertamanya dari aspek koreografi, aku rasakan pasukan kami punya banyak gerakan-gerakan berbanding kumpulan lain dan kesemua keduabelas-duabelas penari kami berada di atas pentas (tanpa keluar masuk) mempersembahkan tarian.

Malam itu, semasa taklimat kepada Pengurus Pasukan ada dimaklumkan bahawa penerima saguhati yang mendapat tempat ke-7 hingga ke sepuluh akan diumumkan dahulu dan ketua kumpulan sahaja yang akan mengambil hadiah, justeru nama daerah yang tidak diumumkan sudah pasti berada dalam kelompok Top Three. Satu demi satu nama daerah disebut oleh juruacara majlis mengikut giliran persembahan. Ketika nama Manjung disebut aku bernafas lega, bermakna satu daerah yang berpotensi dapat digugurkan, kemudian nama KInta Utara tidak disebutkan bermakna mereka dalam kelompok Top Three, nama Kuala Kangsar disebut, sekali lagi aku bernafas lega. Ketika juruacara melompat menyebut nama daerah yang mempersembahkan tarian bagi giliran ke-8, aku menoleh ke arah Chee yang berada bersama pelajar dan tersenyum. Chee mengira jarinya 1, 2 dan 3 bermakna kami juga dalam kelompok Top Three. Kumpulan penari kami berbisik-bisik perlahan kegirangan. Aku pula meminta izin bangun untuk mengambil gambar. Aku meminta kebenaran Cikgu Rami dari SMK Gunung Rapat yang bertindak sebagai Pengurus Pentas untuk mengambil gambar di hadapan. (Cikgu Ramli ni merupakan Jurulatih Utama Pen. Jasmani dan Pen. Kesihatan JPN Perak. Aku cam dia yang menyampaikan taklimat berkenaan SEGAK semasa di Pangkor tahun lepas dan di SERATAS awal tahun ini). Semasa hampir ke pentas, diumumkan bahawa tempat ke-3 dimenangi oleh Kinta Utara, hatiku berdebar-debar dan sempat menjeling ke arah bos (Pengetua) yang fokus memberi tumpuan kepada pengumuman juruacara majlis. Bos datang dalam pukul 10 pagi disusuli oleh Cikgu Raja (PK Koko). Aku fokus kepada pengumuman juruacara dan mengangkat tangan bersedia menembak foto-foto kenangan. Dalam hati, no 2 pun aku redha... "Naib Johan bla bla bla.... Hulu Perak," Yes!!!, aku menjulang tangan dan sempat menembak reaksi bos dan berpaling melihat reaksi pasukan kami, Jelas Chee gembira, cuma aku kehairanan kerana mereka tidak menjerit kegembiraan seperti pertandingan di peringkat daerah. Hehehehe. Di dada hanya ada kegembiraan + ketar. Gugup aku menembak foto-foto kenangan... (oleh itu satu gambar pun tak menjadi kerana aku kegugupan itu, ditambah lagi dengan aku sendiri tak pasti setting yang sepatutnya aku gunakan pada kameraku itu :).

Kini, pasukan tarian SMK Sri Kota melangkah setapak lagi membawa nama negeri untuk bertanding ke peringkat Kebangsaan.

happy expression
Originally uploaded by aminbakish

Memang mengujakan dan membanggakan, cuma yalah... ada juga yang tidak gembiranya, kemungkinan seorang penari akan digugurkan dan diganti dengan penari lain untuk menepati syarat. Jauh di sudut hati, aku berharap agar semua kedua belas-dua belas mereka dapat bersama membawa nama negeri. Macam mana ya... tentu berat buat Chee.. Em... tengoklah nanti bagaimana.... Errr...kawan-kawan, doakan pasukan kami ya... :)


__________
Pasukan tarian tak menjerit sebab dah diingatkan jangan menjerit oleh cikgu Chee sebagai menghormati majlis :)

Dalam masa yang sama, hari Jumaat masih berlaku gangguan di sekolah selepas kejadian rabu dan khamis, dimaklumkan Jumaat itu lebih ramai yang terkena. Tadi, di sekolah (balik dari Ipoh) ada ustaz yang dipanggil merawat situasi, mudah-mudahan gangguan tersebut akan lenyap selepas ini. Amin.


*Baca juga:

Seni Tari Melayu

Labels: , , , , , , , , ,

2 Comments:

rasanya ini en3 terpanjang erk...

apa pun tahniah!

10:02 AM  

Panjangke? Haha lupa diri jap

3:26 AM  

Post a Comment

<< Home