Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Web Catatan Sikenit






Free shoutbox @ ShoutMix







Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]

website statistics

AddThis Feed Button

 

Subscribe to Catatan Sikenit

FinalSense


Friday, July 04, 2008
Bola-bola

Gembira
Originally uploaded by aminbakish
"Bola satu dari bola dua, over" ucapan dalam satu drama bersiri yang sangat popular satu ketika dulu.

"Bola-bola api," nyanyi satu kumpulan pop tanahair.

Baru ini pula rakyat seluruh dunia demam Bola Sepak Euro.

Eh, bukan bola itulah... bola ini....


Ni no ni no ni no.......

"Eh, macam bunyi ambulans je," kata aku yang asyik menyalin maklumat dari fail di atas meja.

"A ah le, budak kita kan ke pengsan kena bola tadi," kata kak Mimah

"Oh ye ke? la saya dok dalam sini (bilik guru) buat kerja ni sampai tak sedar," beritahu aku padanya.

"Kes apa? Siapa?" tanya aku lagi.

"Budak 1A2, waktu PJ kot.. kena bola kata Mr. Yeap," lanjut kata Kak Mimah.

"Uish, dahsyatnya, terukla tu," dalam hati dok berkira-kira, "aiseh.. kejap lagi PJ ni."

"lepas tu, siapa ikut naik ambulans," tanya aku lagi.

"ada, cikgu bertugas ngikut, kalau perempuan kak mimah la kena ikut," kata Kak Mimah sambil gelak, ye lah kak Mimah pun bertugas minggu ni.

"Nunggu kat hospital tu yang tak tahan tu, lama," adu aku pada kak Mimah. Hurmm, tahun ni je dah tiga kali aku kena ikut budak pergi hospital. Yang satu tu, pengsan masa olahraga, kemudian, jari kena paku, ke tiga, jatuh dari tangga sebab tergelincir lepas hujan, budak-budak ni turun tangga bukan reti turun satu-satu nak menderum je ramai-ramai. Kalau tak, semalam pun ada kes ke hospital, jatuh juga, melompat turun tangga, akibatnya terkehel, kena juga usung guna stretcher ke bilik rawatan.

Dengar suara Mr. Yeap, hampir.

"Apa kes ni Mr. Yeap?" tanya aku.

"aiyoh... pening sudah saya, saya mau duduk dulu," kata dia lalu terus melabuhkan punggung di sofa.

Cikgu-cikgu lain yang lain dari tempat duduk masing-masing pun setia mengikuti cerita tersebut berpaling menunggu Mr. Yeap membuka cerita.

"Itulah... budak 1A2, pengsan tadi, budak perempuan kelas dia baling buku Moral kena kat bola dia," beritahu Mr. Yeap.

"bola dia?" tanya aku dalam aksi musykil.

"Oh, kawe faham... ghoyaklah telur dia," kata ustaz

Beku sebentar.
.
.
.

"OOh..." disambut ramai-ramai dan gelak-gelak dari kami semua yang baru faham bola yang dimaksudkan.



______________
Agaknya sakit sungguh.. patutlah dalam drama, cara senang orang perempuan nak lari dari orang jahat, terajang je kat situ.. :D

Pelajar lelaki tersebut pengsan lepas kejadian tetapi sedar kemudiannya, walaubagaimanapun, dia dihantar ke hospital kerana kelihatan 'blur' dan bimbangkan kesan langsung yang berlaku. Ibu bapanya dihubungi dan diminta terus ke hospital.

Untuk cikgu-cikgu, waktu peralihan kelas, sangatlah kritikal, benda sat macam tu je boleh jadi macam-macam... Tapi nak buat macam mana ye, dari kelas sini nak ke kelas sana, nak naik tangga lagi.. bukan boleh sampai sekelip mata... Budak-budak sekarang pula, guraunya melampau-lampau, hurm...

Buku Moral juga yang jadi mangsa, isy isy isy.. :D

Eh, budak pompuan ni inesen. Gambar dan cerita tidak berkaitan, harap maklum. :)

Labels: , , , , ,

2 Comments:

ngee bola lain rupenye ehehehe. bace pasal 1A2, teringat kelas ku mase zaman sekolah dulu, 1A1 ehehehe. ;p

2:08 PM  

Sakit wooo kalau kena kat situ.
Boleh terpengsan tu.
Budak pompuan tu punpandai pulak tuju kjat situ tu...

10:19 PM  

Post a Comment

<< Home